FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Besut menjadi daerah pertama di Terengganu yang pulih akibat banjir.

Ia susulan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Terbuka Kampung Belaoh apabila seramai66 mangsa daripada 19 keluarga dibenarkan pulang.

Setakat jam 12 tengah hari, seramai 5,412 mangsa daripada 1,546 keluarga berada di 54 PPS di tujuh daerah.

Ia menunjukkan penurunan berbanding seramai 6,281 orang daripada 1,756 keluarga di 59 PPS.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Dungun merekodkan penambahan mangsa apabila seramai 3,019 orang (834 keluarga) berbanding 2,849 orang (785 keluarga) berada di 31 PPS.

Di Hulu Terengganu, seramai 863 mangsa daripada 299 keluarga di enam PPS manakala enam PPS di Kemaman masih beroperasi bagi menempatkan 672 mangsa (188 keluarga).

Sementara itu, tiga PPS masih dibuka di Kuala Nerus membabitkan 399 mangsa daripada 107 keluarga

Seramai 210 penduduk daripada 55 keluarga yang terjejas berada di tiga PPS di Kuala Terengganu.

Sebanyak empat PPS dibuka bagi menempatkan 399 mangsa daripada 107 keluarga di Setiu manakala di Marang, seramai 121 mangsa (31 keluarga) berada di satu PPS.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Disember 2023 @ 1:08 PM