Keadaan banjir di Kampung Matang, Hulu Terengganu. FOTO GHAZALI KORI
Keadaan banjir di Kampung Matang, Hulu Terengganu. FOTO GHAZALI KORI
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Seramai 6,281 orang dilaporkan masih terjejas menerusi banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu, sejak Ahad lalu.

Setakat 8 pagi, kesemua mangsa daripada 1,756 keluarga berada di 59 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, 2,849 mangsa daripada 785 keluarga berada di 31 PPS di Dungun

Ia diikuti daerah Hulu Terengganu yang mencatatkan seramai 1,666 mangsa daripada 497 keluarga berlindung di 10 PPS.

Di Kemaman, 843 mangsa (231 mangsa) berada di enam PPS, manakala tiga PPS di Kuala Nerus dibuka bagi menempatkan 401 mangsa (108 keluarga).

Sementara itu, 210 mangsa daripada 55 keluarga berlindung di tiga PPS Kuala Terengganu, manakala 30 keluarga membabitkan 125 penduduk lagi ditempatkan di empat PPS di Setiu.

Selain itu, di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang, Marang menempatkan seramai 121 mangsa daripada 31 keluarga.

Di Besut, seramai 66 mangsa daripada 19 keluarga berada di Dewan Terbuka Kampung Belaoh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Disember 2023 @ 9:03 AM