Air Sungai Kelantan hampir melimpahi tebing di Tambatan Diraja Kota Bharu. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Air Sungai Kelantan hampir melimpahi tebing di Tambatan Diraja Kota Bharu. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Empat sungai di Kelantan masih melepasi paras bahaya selain lima sungai melepasi paras amaran susulan hujan masih berterusan.

Selain itu, lima sungai melepasi tahap berjaya-jaga-jaga sehingga 9 pagi ini.

Berdasarkan laman web publicinfobanjir.water.gov.my, empat sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Golok di Rantau Panjang (11.03 meter (m); Sungai Kelantan di Kuala Krai (26.93 m); Sungai Golok di Kampung Jenob (25.17 m) dan Sungai Kelantan di Kuala Besar (2.98 m).

Lima sungai yang melepas paras amaran adalah Sungai Lebir di Kuala Koh (74.56 m); Sungai Galas di Chegar Lapan Kelantan (37.86 m); Sungai Nal di Kampung Kuala Nal (24.6 m); Sungai Golok di Empangan Bukit Kwong (17.38 m) dan Sungai Semerak di Pasir Puteh (2.38 m).

Sementara itu, lima sungai yang berada di paras berjaga-jaga adalah Sungai Nenggiri di Bertam (54.9 m); Sungai Pergau di Kuala Balah (51.89 m) Sungai Kelantan di Tambatan Diraja (3.6 m); Sungai Golok di Kuala Jambu (2.38 m) dan Sungai Semerak di Jambatan Melor (7.72 m).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Disember 2023 @ 9:37 AM