Penduduk membawa warga emas dengan menggunakan sampan menuju ke Pusat pemindahan sementara  (PPS) selepas kawasan yang didiami mereka dilanda banjir. FOTO GHAZALI KORI
Penduduk membawa warga emas dengan menggunakan sampan menuju ke Pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kawasan yang didiami mereka dilanda banjir. FOTO GHAZALI KORI
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Sebanyak 13 sungai di Terengganu melepasi paras bahaya, manakala tiga sungai (paras amaran) dan enam lagi (paras waspada), setakat 8 pagi ini.

Ia membabitkan tiga sungai di Setiu, tiga sungai di Hulu Terengganu, tiga sungai di Kemaman, dua sungai di Besut serta masing-masing satu sungai di Kuala Terengganu dan Dungun.

Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, Sungai Besut di Jambatan Keruak dan Sungai Besut di Kampung La di daerah Besut melepasi paras bahaya dengan bacaan 35.34 meter (m) dan 22.74 m.

Turut melepasi paras bahaya, Sungai Nerus di Kampung Langkap (21.76 m); Sungai Nerus di Kampung Bukit (13.57 m) dan Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri(9.25 m) di Setiu.

Di daerah Hulu Terengganu, ia membabitkan Sungai Berang di Kampung Menerong (25.72 m); Sungai Tersat di Kampung Sekayu (22.23 m) dan Sungai Telemong di Kuala Ping (21.09 m).

Selain itu, Sungai Terengganu di Drawbridge, Kuala Terengganu yang berada pada paras 2.27 m turut direkodkan melepasi paras bahaya.

Di Dungun, Sungai Dungun di Jambatan Jerangau turut mencatatkan melepasi paras bahaya iaitu 13.88 m.

Tiga sungai di daerah Kemaman yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Tebak di Jambatan Tebak (18.71 m); Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih (14.47 m) dan Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman (4.21 m).

Sementara itu, tiga sungai yang kini melepasi paras amaran adalah Sungai Besut di Jambatan Jerteh, Besut (7.77 m); Sungai Peneh di Felda Mengkawang, Hulu Terengganu (37.37 m) dan Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja, Dungun (38.58 m).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Disember 2023 @ 9:08 AM