ANGGOT bomba membantu penduduk kampung Repoh, Tanah Merah, untuk berpindah ke PPS susulan kampung itu dilanda banjir. FOTO  ihsan Bomba
ANGGOT bomba membantu penduduk kampung Repoh, Tanah Merah, untuk berpindah ke PPS susulan kampung itu dilanda banjir. FOTO ihsan Bomba
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 1,184 orang sehingga 12 tengah hari ini susulan hujan berterusan sejak semalam.

Kesemua mangsa membabitkan 320 keluarga itu ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sehingga 11 pagi tadi, tiga daerah dilanda banjir gelombang ketiga iaitu Jeli, Pasir Mas dan Tanah Merah.

Berdasarkan portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas merekodkan mangsa paling ramai iaitu 670 orang yang ditempatkan di dua PPS.

Manakala Jeli merekodkan 457 mangsa di enam PPS dan Tanah Merah mencatatkan 58 mangsa di empat PPS.

Sementara itu, menurut laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my, empat sungai lepasi paras bahaya, dua berada di tahap amaran dan tujuh sungai lepasi tahap berjaga-jaga.

Empat sungai melepasi paras bahaya adalah Sungai Aring di Felda Aring iaitu 80.45 meter (m);Sungai Pergau di Kuala-Balah (55.79m ) Sungai Lamas di Air Lanas (29.65m) dan Sungai Golok di Kampung Jenob (48.94m).

Dua sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai iaitu 22.59m dan Sungai Golok di Rantau Panjang 8.5m.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Disember 2023 @ 12:21 PM