BUMBUNG di pusat beli-belah, Megah Rise Mall di Taman Megah, Petaling Jaya, yang runtuh. FOTO tular
BUMBUNG di pusat beli-belah, Megah Rise Mall di Taman Megah, Petaling Jaya, yang runtuh. FOTO tular
Nurul Hidayah Bahaudin


Petaling Jaya: Tiga individu cedera ringan selepas bumbung di pusat beli-belah, Megah Rise Mall di Taman Megah, di sini, runtuh, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh pengurusan pusat beli-belah berkenaan yang memaklumkan kejadian itu berlaku kira-kira 3 petang tadi.

Menurut kenyataan dimuat naik di Facebook, hari ini, memaklumkan insiden itu berlaku berhampiran pintu masuk pusat beli-belah berkenaan.

"Insiden itu mengakibatkan tiga individu cedera ringan. Kami sedang menyiasat punca kejadian dan mengambil tindakan segera untuk menangani situasi berkenaan," katanya.

Sementara itu, polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan pihaknya tidak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

Terdahulu, satu rakaman video memaparkan detik cemas beberapa pengunjung yang berada berhampiran runtuhan berkenaan tular di media sosial, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Oktober 2023 @ 8:21 PM