TANGKAP layar video tular di media sosial. FOTO tular
TANGKAP layar video tular di media sosial. FOTO tular
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Letupan kecil yang berlaku di pusat beli-belah Pavillion, di sini, petang tadi, dipercayai berpunca akibat litar pintas.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan daripada pusat beli-belah berkenaan berhubung kejadian itu.

"Kami sudah menghubungi pihak pengurusan bangunan pusat beli-belah itu dan dimaklumkan bahawa kejadian letupan itu membabitkan pendawaian dipercayai akibat litar pintas.

"Kejadian kira-kira 6 petang itu berjaya dikendalikan oleh pihak pengurusan bangunan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, ketika dihubungi, di sini, hari ini, mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Terdahulu, satu video berdurasi dua minit 30 saat menunjukkan berlaku letupan kecil di bangunan Pavillion, yang tular di media sosial, hari ini.

Dalam video berkenaan menunjukkan beberapa petugas di pusat beli-belah berkenaan memadam api yang tercetus akibat letupan kecil terbabit.

VIDEO berdurasi dua minit 30 saat yang menunjukkan berlaku letupan kecil di bangunan Pavillion, Kuala Lumpur, yang tular di media sosial, hari ini.

From: No'Rule

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2022 @ 11:31 PM