GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Mary Victoria Dass


Kota Tinggi: Seramai 10 penuntut yang menjalani kursus tempur pegawai muda di lapang sasar Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di sini mengalami simptom strok haba dengan tiga daripada mereka diberikan rawatan rapi di hospital, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika peserta kursus berkenaan menjalani latihan di kem berkenaan.

"Tiga daripada peserta dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) kerana memerlukan rawatan rapi manakala tujuh peserta dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT)," katanya.

Difahamkan kejadian berlaku di lapang sasar Kem PULADA antara 5.30 hingga 6 petang.

Difahamkan segelintir mereka mengalami simptom strok haba termasuk pitam dan dirujuk ke HKT untuk mendapatkan rawatan awal.

Seramai tujuh penuntut difahamkan kembali stabil dan menerima rawatan susulan manakala tiga dirujuk ke HSI kerana mengalami simptom yang lebih buruk termasuk rebah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Oktober 2023 @ 10:11 PM