Gambar hiasan
Gambar hiasan
Zuhainy Zulkiffli


Bayan Lepas: Wang simpanan berjumlah lebih RM1.9 juta milik pesara berusia 67 tahun lesap diperdaya sindiket 'macau scam'.

Menurut keterangan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, mangsa terdahulu dihubungi suspek yang menyamar sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pegawai polis.

Katanya, suspek mendakwa mangsa membuat panggilan palsu mengenai Covid-19 dan panggilan itu kemudian disambung kepada 'pegawai polis' dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) IPK Sabah.

"Mangsa adalah seorang pesara wanita berusia 67 tahun. Wanita itu melakukan sebanyak 24 transaksi pemindahan wang ke dalam beberapa akaun berasingan dengan jumlah keseluruhan lebih RM1.9 juta (RM1,911,270.160)," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Susulan itu, polis berjaya menahan lelaki berusia 31 tahun kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' dalam sindiket macau scam itu.

"Penahanan dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan," katanya lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Oktober 2023 @ 8:51 PM