ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Port Dickson membantu mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Kampung Baru Si Rusa pagi tadi. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Port Dickson membantu mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Kampung Baru Si Rusa pagi tadi. FOTO ihsan Bomba
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Sebuah bas persendirian yang membawa seramai 20 penumpang terbalik di bahu jalan di Kampung Baru Di Rusa di sini, hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba Port Dickson, Mohd Khalid Dollah berkata, bas persiaran itu membawa lapan lelaki dan 12 wanita terbalik dipercayai hilang kawalan.

"Pihak Bomba dan Penyelamat Port Dickson menerima panggilan kecemasan pada jam 10 pagi tadi dan sampai di lokasi lapan minit kemudian.

"Seramai 20 penumpang berada dalam bas yang terbalik berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, bas itu dalam perjalanan dari tempat penginapan di sebuah hotel menuju ke pantai Teluk Kemang.

"Seramai tiga mangsa mengalami kecederaan ringan iaitu pemandu bas dan dua penumpang wanita," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham berkata, pihaknya sedang menyiasat punca kemalangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 September 2023 @ 4:32 PM