ANNA melahirkan rasa syukur selepas dilantik sebagai Timbalan Pengerusi GiatMARA, baru-baru ini. FOTO IG Anne Ngasri
ANNA melahirkan rasa syukur selepas dilantik sebagai Timbalan Pengerusi GiatMARA, baru-baru ini. FOTO IG Anne Ngasri
ANNE berkongsi momen memberikan skrol kepada barisan graduan institusi pada Majlis Konvokesyen Graduasi GiatMARA Ke-36 Zon Pantai Timur 2023. FOTO IG Anne Ngasri
ANNE berkongsi momen memberikan skrol kepada barisan graduan institusi pada Majlis Konvokesyen Graduasi GiatMARA Ke-36 Zon Pantai Timur 2023. FOTO IG Anne Ngasri
Fatin Farhana Ariffin


Kuala Lumpur: Pelakon Datin Anne Ngasri, 38, bersyukur selepas dilantik sebagai Timbalan Pengerusi GiatMARA, baru-baru ini.

Anne atau nama sebenarnya, Naszriah Ngasri berkongsi berita baik itu menerusi hantaran di Instagram, baru-baru ini.

Dalam hantaran itu, Anne berkongsi momen memberikan skrol kepada barisan graduan institusi pada Majlis Konvokesyen Graduasi GiatMARA Ke-36 Zon Pantai Timur 2023.

"Alhamdulillah, menjadi sebahagian keluarga besar GiatMARA Malaysia. Kenangan indah bersama melakar sejarah di Majlis Konvensyen Graduasi Ke-36 GIATMARA Zon Pantai Timur 2023.

"Syukur, Ya Allah dan terima kasih pada yang selalu mendoakan. Saya juga doakan semua dilindungi dan diberi yang terbaik sepanjang perjalanan yang mendatang," katanya.

Difahamkan, majlis berkenaan berlangsung di Duyong Marina & Resort, Terengganu pada 20 September lalu.

Ibu kepada enam cahaya mata termasuk seorang anak tiri itu pernah menyandang jawatan Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia dan kini menjadi Exco Wanita Umno Malaysia bagi penggal 2023 sehingga 2026.

Kerjaya Anne yang pernah popular dengan drama Cili Padi ketika zaman kanak-kanak dalam bidang kepimpinan bermula selepas bertemu jodoh kali kedua bersama Datuk Mohd Sumali Reduan pada 2012.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Sufi Harraz, 9, dan Nefa Naura, 4.

Terdahulu, pasangan ini juga mempunyai cahaya mata dari perkahwinan sebelum ini. Anne mempunyai tiga cahaya mata daripada perkahwinan pertama iaitu Abdul Warits, 16, Abdul Wafri, 14, dan Nazharah Afroza, 12, manakala, Mohd Sumali mempunyai seorang anak, Suffian Akim, 17.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 September 2023 @ 4:23 PM