FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Shah Alam: Satu kebakaran berlaku membabitkan beberapa kontena di atas kapal kargo yang dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang dekat sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.30 pagi, membabitkan kapal KMTC Shenzhen di kawasan kira-kira enam batu nautika barat daya Pulau Pintu Gedong.

"Proses pemadaman sedang dijalankan membabitkan beberapa agensi termasuk Jabatan Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan tiada mangsa dilaporkan terbabit setakat 5.14 pagi tadi," katanya dalam kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2023 @ 8:48 AM