ANGGOTA bomba giat memadamkan kebakaran kapal milik APMM yang terbakar di dermaga Kampung Baru. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba giat memadamkan kebakaran kapal milik APMM yang terbakar di dermaga Kampung Baru. FOTO Ihsan Bomba
Muhamad Lokman Khairi


Lumut: Sebuah kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang dalam penyelenggaraan dilaporkan terbakar di dermaga Kampung Baru, di sini, petang tadi.

Difahamkan, ketika kejadian berlaku, terdapat pekerja sedang melakukan kerja kimpalan di dalam kapal berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung dan BBP Ayer Tawar diatur gerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 5.14 petang.

"Pemeriksaan mendapati kebakaran itu membabitkan bahagian kabin kapal dengan kemusnahan kira-kira 50 peratus.

"Pemadaman sedang dijalankan merangkumi tindakan defensive dan offensive. Pasukan bomba sudah masuk ke dalam kapal untuk kerja pemadaman dalam kabin," katanya.

Katanya, setakat 7 petang, operasi memadamkan kebakaran masih diteruskan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mei 2023 @ 8:27 PM