KEADAAN motosikal mangsa selepas terbabit kemalangan. FOTO Ihsan Pembaca
KEADAAN motosikal mangsa selepas terbabit kemalangan. FOTO Ihsan Pembaca
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Ipoh: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas akibat tergelincir sebelum kepalanya digilis sebuah treler di Jalan Lahat, berdekatan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, di sini, malam tadi.

Kejadian 7.10 malam tadi mengakibatkan G Jesuklal, 55, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan mendapati motosikal Honda Wave Alpha ditunggangi mangsa dipercayai terbabas ketika melalui jalan licin dan basah akibat hujan.

"Mangsa terjatuh motosikalnya tergelincir sebelum memasuki bahagian bawah treler Volvo tanpa muatan yang dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun dari Kuala Lumpur menghala Jelapang.

"Akibat kemalangan itu, mangsa parah di kepala akibat digilis tayar belakang trelerdan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Ogos 2023 @ 12:58 PM