Pasukan SFC mengumpul spesimen burung merpati yang mati di kawasan berhampiran Masjid Terapung, Tabingan Kuching. FOTO MELVIN JONI
Pasukan SFC mengumpul spesimen burung merpati yang mati di kawasan berhampiran Masjid Terapung, Tabingan Kuching. FOTO MELVIN JONI
Melvin Joni


Kuching: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) sedang mengenal pasti punca kematian lebih 40 burung merpati di kawasan berhampiran Masjid Terapung di Tebingan Kuching, semalam.

Menurutnya, pasukan sudah ke lokasi kejadian untuk mengumpul semua spesimen.

"Sampel yang dikumpul akan dihantar untuk dianalisis di makmal.

"Semua merpati itu adalah jinak dan tidak disenaraikan sebagai spesies dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.

"Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan untuk mengumpulkan lebih banyak maklumat dan data," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berkata pihaknya memasang pita keselamatan bagi memastikan tempat kematian burung itu tidak dimasuki oleh orang awam.

"DBKU memandang serius perkara seumpama ini dan sedang menyiasat berkenaan insiden terbabit," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Ogos 2023 @ 8:52 PM