Mohd Amin Jalil


Seremban: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bertanggungjawab mengendalikan tiga portfolio dalam pentadbiran baharu kerajaan negeri penggal ini.

Portfolio berkenaan ialah Hal Ehwal Agama Islam; Keselamatan, Kewangan, Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam serta Tanah dan Sumber Alam.

Portfolio itu diumumkan Aminuddin selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco di Wisma Negeri di sini, petang ini.

Terdahulu, barisan Exco terbabit mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Besar Istana Seri Menanti, Kuala Pilah.

Senarai Exco dan portfolio

1. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias (Exco Kanan) - Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi serta Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup.

2. Adun Bahau, Teo Kok Seong - Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam.

3. Adun Pilah, Norzunita Begum Mohd Ibrahim - Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

4. Adun Senaling, Datuk Ismail Lasim - Pendidikan dan Modal Insan

5. Adun Nilai, J Arul Kumar - Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan.

7. Adun Palong, Mustapa Nagoor - Pembangunan Belia dan Sukan

8. Adun Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon - Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

9. Adun Repah, S Veerapan - Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan.

10. Adun Linggi Datuk Mohd Faizal Ramli memegang portfolio Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital.

11. Adun Ampangan, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman - Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Ogos 2023 @ 8:05 PM
AMINUDDIN (kiri) ketika mempengerusikan mesyuarat pertama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di Wisma Negeri.  FOTO Azrul Edham
AMINUDDIN (kiri) ketika mempengerusikan mesyuarat pertama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di Wisma Negeri. FOTO Azrul Edham