SULTAN Sallehuddin berkenan bergambar bersama barisan ADUN Kedah selepas Majlis Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit. Turut bersama, Muhammad Sanusi (duduk, kiri) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Seri Norizan Khazali. FOTO Bernama
SULTAN Sallehuddin berkenan bergambar bersama barisan ADUN Kedah selepas Majlis Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit. Turut bersama, Muhammad Sanusi (duduk, kiri) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Seri Norizan Khazali. FOTO Bernama
M Hifzuddin Ikhsan


Alor Setar: Seramai 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Menghadap Besar, Istana Anak Bukit di sini, hari ini.

Pelantikan EXCO menyaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memegang portfolio terbesar iaitu lapan berbanding tujuh ketika beliau mengangkat sumpah jawatan pada 2020 lalu.

Sanusi (Jeneri) memegang portfolio Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Mineral dan Geosains, Hasil Bumi, Kewangan, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Pembangunan Kedah 2035, Kerjasama Luar.

Turut dilantik semula adalah Datuk Siti Aishah Ghazali (Merbau Pulas), Datuk Halimaton Shaadiah Saad (Bukit Kayu Hitam) dan Mohamad Yusoff@Munir Zakaria (Kuala Nerang) yang kekal memegang portfolio yang disandang mereka sebelum ini.

Siti Aishah memegang portfolio (Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan); Halimaton (Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan) dan Mohamad Yusoff@Munir (Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar).

Barisan EXCO turut menampilkan tujuh muka baharu iaitu Mohd Azam Abd Samat (Sungai Limau), Dr Haim Himan Abdullah (Jitra), Mejar (B) Mansor Zakaria (Kuala Ketil), Dzowahir Ab Ghani (Suka Menanti), Datuk Mohd Salleh Saidin(Kubang Rotan), Radhi Mat Din (Alor Mengkudu) dan Wong Chia Zhen (Kulim).

Daripada 11 EXCO berkenaan, tujuh mewakili PAS, tiga mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan satu mewakili Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu, Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dengan pembangkang hanya menang tiga kerusi sahaja.

Komposisi DUN Kedah ketika ini menyaksikan PAS menguasai 21 kerusi, BERSATU (11), GERAKAN (1), manakala PKR (2) dan DAP (1).

Senarai penuh EXCO Kedah:

1. Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Mineral dan Geosains, Hasil Bumi, Kewangan, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Pembangunan Kedah 2035, Kerjasama Luar)

2. Datuk Siti Aishah Ghazali (Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan)

3. Mohd Azam Abd Samat (Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan)

4. Dr Haim Hilman Abdullah (Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi; Sains, Teknologi dan Inovasi)

5. Datuk Halimaton Shaadiah Saad (Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan)

6. Mohamad Yusoff@Munir Zakaria (Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar)

7. Mejar (B) Mansor Zakaria (Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kesihatan)

8. Dzowahir Ab Ghani (Pertanian, Perladangan, Pengangkutan)

9. Datuk Mohd Salleh Saidin (Pelacongan, Kebudayaan, Keusahawanan)

10. Radhi Mat Din (Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan)

11. Wong Chia Zhen (Sumber Manusia; Masyarakat Cina, India dan Siam; NGO)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2023 @ 11:48 AM