Muhammad Najmir Razaman

NAMA selebriti terkenal, Zizan Razak, menjadi bualan hangat setelah pelakon itu memuat naik video dirinya yang menikmati hidangan Ayam Goreng McD dengan cara tersendiri.

Video yang menerima lebih satu juta tontonan itu berjaya menarik perhatian para penggemar Ayam Goreng McD terutama mereka yang meminati makanan Korea untuk mencuba ayam goreng dengan sos K-Manis dan Pedas McD.

Menerusi video tersebut, Zizan menunjukkan caranya menikmati ayam goreng dengan sos K-Manis dan Pedas terbaharu keluaran McD yang turut menjadi bualan para penggemar ayam goreng.

@zizanrazak869 Guys, korang kena try makan menu hack Ayam Goreng Spicy dengan sauce nugget korea dari Mekdi ni 🥹 sedap betul boh! #mcdonaldsmalaysia ♬ original sound - zizanrazak869

Zizan dilihat berselera mencecah Ayam Goreng McD dengan sos K-Manis dan Pedas selain menuang sos tersebut keatas ayamnya.

Rata-rata netizen terliur dan berasa teruja dengan cara yang dikongsikan Zizan sehinggakan ramai yang ingin mencuba sendiri keenakan menu itu.

Menu K-Hack cara Zizan Razak adalah menu istimewa yang dibawakan khas buat penggemar ayam goreng McDonald's bersempena dengan video yang dimuat naik oleh Zizan itu.

Menampilkan sos K-Manis dan Pedas ala Korea, menu terbaharu ini pasti memberikan rasa yang lebih enak apabila dimakan bersama dengan Ayam Goreng McD yang pedas dan rangup.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih untuk menambah sos K-Manis dan Pedas ini bersama menu Nasi Lemak McD.

Selain itu, McD turut memperkenalkan Burger-K Manis dan Pedas yang terdapat dalam dua pilihan sama ada ayam dan daging, serta menu McNuggets dengan sos yang sama bermula 3 Ogos ini.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu K-Hack cara Zizan Razak dengan membuat pesanan melalui McDelivery atau pandu lalu di restoran McDonald's berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2023 @ 5:04 PM