ANGGOTA bomba melakukan operasi SAR Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa (gambar kecil) yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Batang Kali, malam tadi. FOTO Ihsan bomba
ANGGOTA bomba melakukan operasi SAR Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa (gambar kecil) yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Batang Kali, malam tadi. FOTO Ihsan bomba
Amirul Aiman Hamsuddin


Hulu Selangor: Kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Batang Kali, berhampiran Desa Alam Ria, di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 7.15 malam.

Menurutnya, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Berdasarkan laporan awal, mangsa, Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa berusia tujuh tahun jatuh ke dalam sungai.

"Operasi dilakukan anggota bertugas menggunakan teknik 'water surface' di laluan sungai dengan anggaran satu kilometer dari kawasan kejadian," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bagaimanapun ditangguhkan pada 11.30 malam.

Katanya, operasi akan disambung esok pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Julai 2023 @ 12:45 AM