ANGGOTA bomba memujuk lelaki yang dipercayai mengalami kemurungan di sebuah rumah di Kampung Keda, Sungai Buloh, Serdang. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba memujuk lelaki yang dipercayai mengalami kemurungan di sebuah rumah di Kampung Keda, Sungai Buloh, Serdang. FOTO ihsan bomba
Zuliaty Zulkiffli


Bandar Baharu: Pasukan bomba mengambil masa hampir 45 minit untuk memujuk seorang lelaki yang mengalami kemurungan dan berkurung dalam bilik di sebuah rumah di Kampung Keda Sungai Buluh, Serdang, di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.22 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang tiba di lokasi jam 9.37 malam yang diketuai pegawai operasi, Ismail Yatim.

"Setibanya di lokasi didapati seorang lelaki berusia 40 tahun dalam keadaan kemurungan dan cuba bunuh diri namun anggota bomba berjaya memujuknya hampir 45 minit tanpa sebarang kecederaan.

"Lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi tamat pada jam 10.30 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Mei 2021 @ 11:23 AM