LAPORAN terdahulu Harian Metro
LAPORAN terdahulu Harian Metro
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Gerik: Pasangan suami isteri yang maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan treler di Kilometer 25 Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Hentian Titiwangsa, di sini, hari ini, dikenal pasti sebagai Mohamad Nasir, 51, dan isterinya, Rohaya Harun, 46.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam kenyataannya hari ini berkata, nahas itu turut menyebabkan tiga anak mereka berusia antara tujuh hingga 14 tahun parah.

Katanya, tiga anak pasangan itu yang parah dikenali sebagai Mohamad Zarith, 7, Nur Auni Batrisya, 12, dan Mohamad Amir Zaqwan, 14.

"Kemalangan membabitkan Perodua Myvi itu dengan sebuah treler. Pemandu treler iaitu lelaki berusia 50 tahun selamat," katanya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Jun 2023 @ 4:52 PM