Abnor Hamizam Abd Manap


Jelebu: "Dengan mesin ini ia diharap dapat membantu kami meningkatkan pendapatan selain mahu serius menjalankan perniagaan membuat lemang, "kata Nor Azmi Nordin.

Peniaga dari Kampung Kuala Pah itu menarik nafas lega kerana menerima mesin memerah santan daripada Pejabat Daerah Jelebu.

Katanya mesin berkenaan yang diterima akan memudahkannya membuat lemang selain akan meluaskan perniagaan menjual santan selepas ini.

NOR Azmi Nordin (tiga dari kanan) menerima penerangan mengenai mesin memerah santan daripada Nurul Huda Musa (kanan). FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
NOR Azmi Nordin (tiga dari kanan) menerima penerangan mengenai mesin memerah santan daripada Nurul Huda Musa (kanan). FOTO Abnor Hamizam Abd Manap

"Kebiasaan kami membuat lemang yang ditempah selain pada setiap musim perayaan namun lemang yang dibuat pada musim perayaan sangat banyak sehingga tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan," katanya selepas Ketua Penolong Pegawai Daerah Jelebu, Nurul Huda Musa.

Sementara itu Pegawai Daerah Jelebu Abdul Rahim A Aziz berkata mesin diterima Nor Azmi adalah melalui Program Peningkatan Pendapatan Tabung Amanah Keluarga Miskin Daerah Jelebu.

Katanya program bertujuan membantu keluarga miskin bagi meningkatkan pendapatan sekaligus keluar daripada kepompong kemiskinan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Jun 2023 @ 10:50 AM