DATUK Khaw Kok Chin memeriksa barisan kawalan kehormat ketika mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah. FOTO Nur Izzati Mohamad
DATUK Khaw Kok Chin memeriksa barisan kawalan kehormat ketika mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah. FOTO Nur Izzati Mohamad
Nur Izzati Mohamad


Bukit Mertajam: Lebih 6,000 pegawai dan anggota polis Pulau Pinang ditugaskan menjaga keselamatan sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, pasukan itu sudah bersiap sedia di tahap tertinggi bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.

Katanya, polis akan memastikan proses penamaan calon, kempen, undi awal, hari pengundian serta pasca PRN berlangsung dalam suasana aman dan terkawal

"Jika tidak mencukupi dan sekiranya perlu bagi tugas-tugas tertentu, kita akan minta bantuan kontinjen lain termasuk Bukit Aman.

"Namun secara umum, kita di Kontinjen Pulau Pinang memang sudah buat segala persiapan untuk menghadapi PRN," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di sini, hari ini.

Sementara itu, Kok Chin berkata, semua pihak dinasihatkan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan sepanjang PRN berlangsung.

Katanya, polis akan mengambil tindakan sekiranya berlaku kekecohan melalui Op Cantas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Jun 2023 @ 2:47 PM