AHLI keluarga menyiram air di atas pusara Mohd Danish yang ditemui lemas di Sungai Masai, hari ini. FOTO Mary Victoria Dass.
AHLI keluarga menyiram air di atas pusara Mohd Danish yang ditemui lemas di Sungai Masai, hari ini. FOTO Mary Victoria Dass.
Mary Victoria Dass


Pasir Gudang: Jenazah Mohd Danish Ahmad yang ditemui lemas di Sungai Masai di sini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai kira-kira 6.30 petang tadi.

Abang sulungnya, Mursyid, 24, berkata, keluarga mereka reda dengan pemergian anak kelima daripada enam beradik itu.

Kira-kira 50 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakan dan jiran murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Alam 2 itu mengiringi jenazah ke tapak perkuburan.

Mohd Danish, 11, antara dua mangsa lemas ditemukan pada 5.06 pagi di Sungai Masai berhampiran Flat Seri Intan, Bandar Seri Alam, di sini.

Seorang lagi mangsa, Zahir Ajmal Mohd Idris, 13 ditemukan pasukan penyelamat pada 7.38 pagi. Mayat kedua-duanya ditemui pada jarak 50 meter dari lokasi mereka dilapor hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2023 @ 9:10 PM