MOTOSIKAL ditunggang mangsa dilanggar pikap di Batu 21 Jalan Sibu-Bintulu, hari ini.
MOTOSIKAL ditunggang mangsa dilanggar pikap di Batu 21 Jalan Sibu-Bintulu, hari ini.
Melvin Joni


Sibu: Badan seorang lelaki terputus dua selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah pikap di Batu 21 Jalan Sibu-Bintulu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, kejadian berlaku pada 8.20 pagi, dengan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai terkena besi penghadang jalan.

Katanya, ketika kejadian mangsa yang berusia 20 tahun berada di laluannya sebelum motosikalnya dilanggar Toyota Hilux dipandu lelaki tempatan berumur 48 tahun yang memasuki laluan bertentangan.

"Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal terbabit mengalami cedera parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Sibu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya. kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2023 @ 7:06 PM