Keadaan bas yang terjunam ke dalam sebuah parit dalam perjalanan dari Bintulu ke Sibu di kilometer 67 Jalan Sibu-Bintulu. FOTO Ihsan Catherine Bunai Johari
Keadaan bas yang terjunam ke dalam sebuah parit dalam perjalanan dari Bintulu ke Sibu di kilometer 67 Jalan Sibu-Bintulu. FOTO Ihsan Catherine Bunai Johari
Harun Yahya

SERAMAI 35 penumpang sebuah bas ekspres melalui detik mencemaskan apabila terjunam ke dalam parit di Kilometer 67, Jalan Sibu-Bintulu, Sibu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, kejadian itu berlaku pada 11.30 malam ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Bintulu ke Sibu.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila bas berkenaan cuba mengelak sebuah kereta dari arah bertentangan yang tiba-tiba masuk ke laluannya.

“Akibatnya, bas itu terbabas ke dalam parit sebelah kiri jalan. Bagaimanapun, pemandu dan semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Jimmy berkata, susulan kejadian itu, bas berkenaan remuk di bahagian hadapan sebelah kiri.

SIBU 04 MAC 2019 (SWK768D). Keadaan bas yang terjunam ke dalam sebuah parit dalam perjalanan dari Bintulu ke Sibu ketika cuba mengelak sebuah kereta yang masuk ke laluannya dari arah bertentangan di kilometer 67 Jalan Sibu-Bintulu. Walaubagaimanapun kesemua 35 penumpangtidak mengalami kecederaan. NSTP/IHSAN CATHERINE BUNAI JOHARI

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mac 2019 @ 8:55 PM