SEKITAR bandar Seremban, semalam yang turut merekod bacaan IPU tidak sihat. FOTO Azrul Edham.
SEKITAR bandar Seremban, semalam yang turut merekod bacaan IPU tidak sihat. FOTO Azrul Edham.
Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Hanya Seremban, Negeri Sembilan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di negara ini setakat 9 pagi.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Seremban mencatatkan bacaan 104.

Sementara itu, lapan stesen merekodkan tahap bacaan IPU kategori baik iaitu Kota Kinabalu (47) dan Kimanis (43), masing-masing di Sabah.

Turut mencatatkan tahap baik ialah Sarawak iaitu Mukah (46), Kapit (33), Sibu (42), Sarikei (33) dan Sri Aman (34) serta IPD Serian (MCAQM) yang merekodkan bacaan IPU 27.

Manakala, 59 lagi stesen di seluruh negara pula merekodkan bacaan IPU sederhana.

Untuk rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

From: Hidayah

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2023 @ 9:51 AM