Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Trafik di beberapa laluan di lebuh raya utama mula sesak susulan orang ramai pulang ke kampung halaman menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, beberapa hari lagi.

Tinjauan menerusi Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sehingga 4 petang tadi mendapati beberapa laluan di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 mulai perlahan.

Sementara itu, di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pula trafik perlahan sebelum masuk Plaza Tol Genting Sempah arah Kuantan dan Stesen Petronas Bentong ke Plaza Tol Bentong arah Kuantan.

Trafik juga perlahan di LPT 1 membabitkan laluan sebelum masuk Plaza Tol Karak arah Kuantan, manakala di LPT 2, trafik perlahan di laluan Sebelum keluar Plaza Tol Kuala Terengganu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan TwitterTwitter LLM Info Trafik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 April 2023 @ 4:44 PM
Aliran trafik bergerak perlahan ke arah utara dari Tol Juru ke Perai di Lebuhraya Utara Selatan dekat Juru. FOTO Danial Saad
Aliran trafik bergerak perlahan ke arah utara dari Tol Juru ke Perai di Lebuhraya Utara Selatan dekat Juru. FOTO Danial Saad