Hanis Aliaa Hidzir

SEJAK diperkenalkan awal tahun ini, HONOR Magic5 Pro menerima banyak komen positif daripada pengguna dan menjadi salah satu telefon pintar mercu teratas di Malaysia, selepas Apple dan Samsung.

Sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-66, HONOR Malaysia tampil dengan HONOR Magic5 Pro rona Coral Purple edisi terhad.

Hadir dengan warna ungu mewah dan kulit vegan berkualiti tinggi, HONOR Magic5 Pro Coral Purple dilengkapi pelbagai ciri menarik yang memukau pengguna.

Teknologi inovatif

Dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 1, peranti ini dilengkapi RAM LPDDR5, storan UFS 3.1 yang pantas, skrin AMOLED 6.81 inci serta kamera 50MP yang mengagumkan.

Lebih menarik, telefon pintar ini tampil dengan ciri Falcon Eye Capture yang membolehkan pengguna menangkap imej subjek bergerak secara automatik tanpa perlu menekan pengatup kamera.

Ciri ini sesuai buat pengguna yang ingin mengabadikan memori dalam masa sama menikmati saat terbabit.

Peranti ini juga merupakan skrin ujian DXOMARK pertama di dunia setakat ini yang dilengkapi fungsi perlindungan mata terkemuka industri iaitu 2160Hz PWM Dimming, Circadian Night Display dan Dynamic Dimming.

Selain kamera dan skrin yang hebat, HONOR Magic5 Pro turut dilengkapi bateri 5,100mAh dengan jangka hayat yang lama serta tahan lasak sekali gus menghilangkan kegusaran pengguna tentang ketahanan bateri.

Peluang menang pelbagai hadiah

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lama lagi, orang ramai boleh mendapatkan siri HONOR Magic5 dalam tiga rona pilihan iaitu Coral Purple, Meadow Green dan Classic Black dengan harga bermula RM2,999.

Selain itu, rakyat Malaysia juga boleh mendapatkan HONOR Pad X9 dengan harga RM1,099 hanya pada 25 Ogos 2023.

Pembeli bukan saja akan mendapatkan tablet LTE yang boleh dimasukkan kad SIM, malah akan menerima papan kekunci HONOR CHOICE Bluetooth.

Promosi yang bakal berlangsung bermula 25 Ogos hingga 17 September ini, turut menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM10 juta.

Orang ramai juga boleh merebut peluang untuk menang besar dengan hanya memuat naik gambar di media sosial berserta dengan #HONORMerdeka2023.

Dapat HONOR Magic5 Pro Coral Purple dan HONOR Pad X9 sempena promosi bulan kemerdekaan ini sekarang.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.hihonor.com/my/shop/

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2023 @ 3:36 PM