ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Pelantar, Bentong. FOTO Amir Hamzah Nordin
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Pelantar, Bentong. FOTO Amir Hamzah Nordin
Amir Hamzah Nordin


Bentong: Seorang lelaki berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 64 tahun rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pelantar, Bentong, dekat sini, kira-kira jam 9 malam, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Yusof Idris, 64, dari Kampung Paya Pelantar, Karak.

Rumah binaan separuh kekal yang didiaminya musnah 90 peratus dalam kejadian tersebut.

Pasukan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada jam 9.02 malam dan tiba di tempat kejadian kira-kira 16 minit kemudian, kebakaran dapat dikawal pada jam 9.27 malam.

Seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Karah dan BBP Bentong terbabit dalam operasi pemadaman.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2023 @ 12:05 AM