HAJIJI. FOTO arkib NSTP
HAJIJI. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengumumkan rombakan Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Sabah menyaksikan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dilantik Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan negeri.

Kitingan, yang sebelum ini Timbalan Ketua Menteri II, menggantikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin manakala Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam sebelum ini Timbalan Ketua Menteri III, dilantik Timbalan Ketua Menteri II.

Joachim juga dilantik Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Putatan Datuk Shahelmy Yahya daripada BN dilantik Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya iaitu portfolio disandang Bung Moktar sebelum ini.

"Rombakan Kabinet adalah sesuatu yang perlu dan bertujuan mengukuhkan kerajaan negeri sekarang. Kami memerlukan satu pasukan kuat. Menyedari keperluan untuk membentuk satu pentadbiran inklusif, saya telah memasukkan Adun dari Pakatan Harapan ke dalam Kabinet (Sabah).

"Kerajaan negeri berazam mempunyai pemimpin yang punya iltizam sehaluan dan menghargai setiap keperluan bagi memastikan usaha membangunkan negeri berjalan lancar dan tanpa sebarang gangguan seperti diharapkan rakyat. Kestabilan politik adalah penting mencapai matlamat ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2023 @ 11:39 AM