Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada 5,585 orang setakat jam 8 malam ini, berbanding 7,148 orang petang tadi.

Kesemua mangsa membabitkan 1,835 keluarga ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah.

Sehingga kini, hanya dua daerah masih dilandan banjir iaitu Pasir Mas dan Tumpat dan dijangka terus berkurangan susulan cuaca kembali pulih sejak beberapa hari lalu.

Berdasarkan Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan, Pasir Mas merekodkan 4,377 mangsa membabitkan 1,440 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS.

Tumpat pula merekodkan 1,208 mangsa daripada 395 keluarga yang ditempatkan di enam PPS.

KAMPUNG Lubok Gong adalah kawasan di daerah Pasir Mas yang terjejas disebabkan banjir. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
KAMPUNG Lubok Gong adalah kawasan di daerah Pasir Mas yang terjejas disebabkan banjir. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Disember 2022 @ 9:12 PM