Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan meningkat sedikit kepada 32,029 orang sehingga 5 petang ini, berbanding berbanding 30,972 orang pagi tadi.

Mereka membabitkan 9,441 keluarga yang ditempatkan di 127 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Kuala Krai, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tanah Merah dan Tumpat.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Banjir Kelantan, Pasir Mas paling ramai merekod mangsa banjir dengan 13,777 orang (4,482 keluarga) di 37 PPS, diikuti Pasir Puteh (6,015 mangsa, 1,560 keluarga) di 20 PPS.

Tumpat mempunyai 4,780 mangsa (1,406 keluarga) di 15 PPS; Kota Bharu (3,014 mangsa, 801 keluarga) di 22 PPS dan Kuala Krai (1,943 orang, 509 keluarga) di 17 PPS.

Selain itu, Bachok yang mempunyai tujuh PPS menempatkan 1,672 orang (437 keluarga), Tanah Merah (665 orang, 200 keluarga) dan Machang (163 orang, 46 keluarga).

Sebahagian benteng membabitkan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kampung Tersang pecah susulan arus deras akibat banjir. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Sebahagian benteng membabitkan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kampung Tersang pecah susulan arus deras akibat banjir. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2022 @ 6:58 PM