BERNAMA

Alor Setar: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah kini lebih memberikan fokus kepada empat daerah yang dijangkakan berisiko tinggi berlaku banjir sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL).

Ketua Bahagian Sekretariat APM Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, tumpuan khusus diberikan di daerah Baling, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu sebagai persediaan menghadapi kemungkinan bencana itu berdasarkan kekerapan banjir serta ramalan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"(Contoh) di Baling setakat ini dah mencatatkan banjir kilat sebanyak 23 kali... kita lebih persediaan dari segi anggota, aset dan logistik," katanya kepada pemberita sebelum melepaskan peserta misi bantuan banjir APM Kedah ke Terengganu di Kompleks APM Kota Setar di sini, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Pengarah APM Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Disember 2022 @ 11:11 AM