PPS yang dibuka di daerah Kota Setar yang menempatkan mangsa banjir. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI
PPS yang dibuka di daerah Kota Setar yang menempatkan mangsa banjir. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 267 orang mangsa daripada 87 keluarga yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah.

Empat PPS baru dibuka semalam iaitu di daerah Kota Setar membabitkan satu PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti, manakala tiga lagi PPS di daerah Baling iaitu di SK Tanjung Pari, SK Sri Bayu dan SK Siong.

Satu PPS di Kubang Pasu iaitu di SK Binjai masih aktif sejak dibuka Rabu lalu yang menempatkan seramai 86 mangsa daripada 26 keluarga.

Ketua Bahagian Sekretariat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, banjir kilat di daerah Baling berikutan hujan lebat selama beberapa jam.

Beliau berkata, ia menyebabkan beberapa kawasan dinaiki dari sistem perparitan yang tidak teratur serta paras air sungai yang meningkat ke tahap yang bahaya.

Sehubungan itu katanya, APM Kedah menasihatkan penduduk berhampiran sungai supaya sentiasa berwaspada dan menghubungi pasukan penyelamat dengan segera , sekiranya berlaku banjir di kawasan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Oktober 2022 @ 9:48 AM