Tunjuk bakat bola sepak sambil membantu golongan memerlukan. - FOTO vivo
Tunjuk bakat bola sepak sambil membantu golongan memerlukan. - FOTO vivo
Muhammad Najmir Razaman

PIALA Dunia FIFA 2022 di Qatar sememangnya menjadi kejohanan bola sepak utama yang dinanti oleh semua.

Pantas bergerak ke arah pengantarabangsaan, vivo yang juga penaja tunggal utama industri telefon pintar turut menitikberatkan tentang hubungan yang mendalam bersama pengguna.

Melihat Piala Dunia sebagai peluang pengantarabangsaannya kepada dunia, vivo yang sentiasa menegakkan prinsip kegembiraan kemanusiaan turut menggalakkan orang ramai menunjukkan kasih sayang melalui acara amal di seluruh negara dengan kerjasama bersama World Vision.

World Vision ialah organisasi kemanusiaan antarabangsa yang diasaskan pada tahun 1950 yang membantu kanak-kanak, keluarga dan komuniti dalam mengatasi kemiskinan dan ketidakadilan tanpa mengira agama, bangsa, etnik atau jantina.

Hari ini, World Vision menjadi  salah satu organisasi bantuan dan pembangunan kemanusiaan terbesar di dunia yang sudah membantu lebih 100 juta orang di seluruh dunia.

World Vision Malaysia (WVM) ditubuhkan pada tahun 1997 dengan kerjasama World Vision International sebagai sebuah pertubuhan kemanusiaan yang memberi fokus menangani isu berkaitan kemiskinan dan ketidakadilan terhadap kanak-kanak.

Selaras dengan prinsip itu, vivo mengambil langkah bekerjasama dengan badan amal World Vision Malaysia bagi melancarkan cabaran vivo Give It a Shot yang membantu kanak-kanak kurang berkemampuan di Malaysia.

Yakin bahawa setiap impian layak diberi perhatian, vivo menggunakan cabaran ini untuk menyemarakkan semangat bola sepak dalam kalangan anak muda sambil mempamerkan kebolehan serta membantu mereka yang memerlukan.

Duta tempatan vivo, Hael Hussaini, Danny Khoo dan okokmou juga menjemput anda untuk menyertai cabaran ini bagi mencipta masa depan yang lebih baik untuk anak-anak Malaysia.

Hanya dengan tiga langkah mudah, anda dapat meringankan beban yang ditanggung kanak-kanak ini.

Langkah pertama

Rakam video anda menendang bola dengan kreativiti sendiri

Langkah kedua

Muat naik video ke mana-mana media sosial seperti Facebook, Instagram atau TikTok dengan tanda pagar #vivogiveitashotchallenge dan #vivoMYxFIFA serta pastikan akaun dibuka kepada orang ramai.

Langkah ketiga

Tag dua rakan anda dalam kapsyen bagi turut sama beramal melalui cabaran ini.

Bagi setiap video yang dimuat naik, RM1 akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan melalui badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik World Vision Malaysia.

Melalui kerjasama projek amal ini, vivo berharap bukan sahaja dapat memberi inspirasi dan mencipta masa depan yang lebih baik untuk kanak-kanak, malah mencungkil potensi anak muda dan menyokong mengejar impian bola sepak mereka dengan berani.

Untuk maklumat lanjut, lawati Instagram vivo Malaysia sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2022 @ 5:29 PM