Pemilihan ini bagi memastikan ahli keluarga dapat menikmati percutian dengan sebaiknya tanpa sebarang masalah. - FOTO Hiasan
Pemilihan ini bagi memastikan ahli keluarga dapat menikmati percutian dengan sebaiknya tanpa sebarang masalah. - FOTO Hiasan
Nur Amirah Abd Rani

PERCUTIAN adalah aktiviti yang dapat menguatkan hubungan antara anggota keluarga terutama hubungan emosi dan interpersonal antara ahli. 

Selain itu ia juga boleh membantu ahli keluarga mencipta kenangan bermakna sebagai pengalaman manis dalam hidup terutama anak-anak. 

Selain pemilihan musim percutian, jadual perjalanan dan bajet yang sesuai, pemilihan tempat percutian turut memainkan peranan yang penting apabila melibatkan generasi seperti warga emas dan kanak-kanak. 

Pentingnya pemilihan ini bagi memastikan ahli keluarga dapat menikmati percutian dengan sebaiknya tanpa sebarang masalah yang akan mengganggu 'mood' percutian sepanjang perjalanan.  

Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman sendiri untuk merancang aktiviti dan percutian ke luar negara atau secara domestik, anda boleh menggunakan aplikasi seperti Klook. 

Klook adalah sebuah platform yang membantu individu untuk meneroka, merancang dan menempah aktiviti serta menikmati pelbagai pengalaman, bukan sahaja di destinasi luar negara tetapi juga seluruh Malaysia.

Dalam masa hanya beberapa saat saja, pengguna boleh mendapat akses kepada lebih 40,000 pilihan tempahan aktiviti serta perkhidmatan daripada lebih 200 destinasi di seluruh dunia. 

Klook menawarkan platform yang telus dan mudah digunakan di mana pengguna boleh membuat tempahan atau mencari pakej percutian dan turut menawarkan perkhidmatan tempahan penerbangan, hotel dan pengangkutan bagi pelancong. 

Klook turut memberi keistimewaan kepada pengguna, di mana pengguna boleh mendapat akses eksklusif hanya dengan membuat tempahan melalui Klook tanpa perlu beratur di kaunter. 

Antara tempat percutian yang boleh dijadikan sebagai senarai pilihan utama adalah Hong Kong, dan Jepun. 

1. Hong Kong

Apabila melancong bersama kanak-kanak, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran adalah taman tema. 

Destinasi yang boleh menjadi pilihan ibu bapa ialah meluangkan masa bersama keluarga di LEGOLAND® Discovery Centre Hong Kong iaitu taman permainan indoor LEGO® terbaik yang direka khas untuk kanak-kanak. 

Menariknya, ia ini tidak boleh dilawati tanpa kanak-kanak dan taman tema ini dimuatkan dengan 10 kawasan permainan bertema LEGO® yang menarik sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak.

Lebih menarik, ciri unik utama  di LEGOLAND® Discovery Centre Hong Kong adalah MINILAND® Hong Kong iaitu replika LEGO® mini bangunan dan mercu tanda Hong Kong. Selain itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak meneroka Castle of Magical Dreams Hong Kong yang baharu di Disneyland.

Castle of Magical Dreams Hong Kong ini melalui pengubahsuaian dan diilhamkan  daripada cerita 13 Puteri dan Permaisuri Disney. 

Seni bina istana ini merangkumi ciri-ciri setiap heroin melalui tafsiran warna, ikon, corak dan ciri budaya, dengan menara yang direka khas untuk kisah masing-masing.

Anak-anak juga berpeluang menyaksikan pertunjukan cahaya adaptasi daripada cerita Disney Animation dan Pixar termasuk Dumbo, The Lion King, Peter Pan, Frozen, Zootopia, Coco, Up, Tangled dan banyak lagi!

Lebih menarik, Hong Kong Disneyland turut  melancarkan World of Frozen dan ramai mencadangkan ibu bapa untuk memilih aktiviti ini sebagai salah satu destinasi bersama anak-anak dengan harga tiket yang berpatutan. 

Anda boleh menjadi antara individu terawal yang membawa anak-anak melibatkan diri sepenuhnya dalam dunia epik filem "Frozen" yang semestinya menjadi kegilaan anak-anak, dihidupkan di hadapan mata anda di Hong Kong Disneyland!

2. Jepun

Sekiranya Jepun adalah senarai negara percutian anda yang seterusnya, terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan apabila melancong bersama warga emas.

Tokyo adalah salah satu destinasi yang sesuai untuk warga emas yang ingin merasai pengalaman terbaik di Jepun disebabkan daya tarikan seperti muzium bertaraf dunia, pusat membeli-belah yang luar biasa, dan makanan yang berkualiti yang sesuai dengan setiap lapisan umur. 

Selain sistem pengangkutan awam yang mudah, tidak menjadi masalah untuk warga emas bersiar-siar melawat kawasan di Tokyo seperti Muzium Negara Tokyo iaitu muzium terbesar yang menempatkan artifak yang menawarkan gambaran menarik sejarah dan budaya Jepun.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah lawatan ke Tokyo menggunakan pas Klook Pass Greater Tokyo di mana anda berpeluang melawat ke dua hingga tujuh tempat tarikan utama di Tokyo seperti Moominvalley Park, dek pemerhatian Roppongi Hills, TeamLabs Planet dan Gunung Fuji dan Hakone perjalanan sehari. 

Pas ini sah selama 30 hari dan memberi anda kelonggaran untuk memilih masa dan ke mana anda ingin pergi. 

Walaubagaimanapun, selain melawat ke ibu kota kosmopolitan Jepun, Tokyo, Osaka juga boleh menjadi salah satu lokasi pilihan kerana bandar ini adalah bandar yang mesra dengan warga emas. 

Selain kemudahan asas yang pelbagai, cuaca di Osaka juga agak sesuai bagi warga emas yang lebih dingin dan nyaman. 

Osaka juga adalah tempat terbaik untuk dikunjungi sekiranya anda ingin menikmati musim bunga sakura dan ingin mencuba pakaian tradisional Jepun. 

Jepun juga terkenal dengan onsen iaitu mandian air panas semula jadi iaitu Naniwa-no-Yu mesti dikunjungi jika anda ingin berehat dan mengalami onsen tradisional Jepun selepas seharian melakukan aktiviti.

3. Sabah

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. 

Siapa sangka, di negara kita Malaysia juga terdapat kawasan percutian yang menarik untuk dijadikan senarai untuk dilawati. 

Tidak lengkap perjalanan ke Sabah tanpa lawatan ke Desa Cattle Dairy Farm yang terletak di bandar Kundasang yang indah. 

Turut terkenal sebagai "New Zealand Sabah", Desa Dairy Farm menawarkan salah satu pemandangan paling menakjubkan dari lembah Kundasang dan pemandangan indah banjaran Gunung Kinabalu.

Selain ladang lembu yang menghasilkan 900,000 liter susu setahun, Desa Dairy Farm juga menawarkan pelbagai produk tenusu yang boleh dinikmati seperti susu segar, gelato, ais krim dan puding. 

Anda juga boleh singgah ke Ladang Arnab Ranau yang menempatkan lebih 400 arnab berbulu dan menikmati spa ikan di Marakau Fish Spa dan membenarkan makhluk akuatik ini membersihkan kaki anda.

Ladang ini juga merupakan lokasi yang sangat indah jika anda ingin mengambil gambar percutian anda yang sempurna.

Desa Dairy Farm juga ada menawarkan aktiviti ATV dan paragliding bagi sesiapa yang berminat dan tiket juga terdapat dijual di Klook. 

4. Johor

Mungkin ramai yang tidak tahu, Adventure Waterpark Desaru Coast yang terletak di Pantai Desaru, Johor adalah antara taman tema air yang terbaik dan terkenal di Malaysia. 

Terletak di Bandar Penawar, Johor, Adventure Water Park Desaru Coast mempunyai keunikan tersendiri iaitu mempunyai water coaster pertama dan merupakan salah satu kolam berombak terbesar di dunia!

Terdapat lebih 20 tarikan dengan lima zon permainan ditawarkan iaitu Penawar Falls, Penawar River, Shipwreck Reef, Tidal Wave Beach dan Kids Ahoy. 

Kanak-kanak berumur satu hingga 12 tahun boleh menikmati permainan di Kids Ahoy yang mempunyai 13 gelongsor air yang sesuai untuk umur mereka.


Selain itu, anda juga boleh merancang untuk melakukan aktiviti di Desaru Coast seperti bersiar-siar melihat 90 spesies burung atau menaiki bot layar di Sungai Sedili Kecil. 

Ibu bapa juga berpeluang membawa anak-anak untuk singgah ke ladang buah-buahan Desaru untuk mempelajari tentang pelbagai jenis buah-buahan tropika. 

Ladang buah-buahan Desaru juga menempatkan mini zoo dengan pelbagai haiwan seperti unta, alpaca, rakun dan macam-macam haiwan lain lagi yang semestinya jinak!

Rebut diskaun akhir tahun Klook! 

Bermula 6 November 2023 sehingga 1 Januari 2024, Klook menawarkan diskaun hebat sehingga RM175 kepada seluruh pengguna. 

Pengguna boleh menebus kod promosi WKLOOK25 bagi melayakkan potongan sehingga RM25 bagi keseluruhan perbelanjaan minimum sebanyak RM500 terhad kepada 4,000 pembayaran pertama. 

Bagi kod promosi WKLOOK100 akan melayakkan pengguna mendapat potongan sehingga RM100 bagi perbelanjaan minimum RM1,000 terhad kepada 6,000 pembayaran pertama.

Tawaran menarik buat pengguna Klook baharu, anda berpeluang mendapat diskaun potongan 10 peratus dihadkan pada RM50 kepada 8,000 pembayaran pertama apabila anda menggunakan kod promosi NEW2KLOOK.

Ketiga-tiga kod ini sah sehingga 11.59 malam pada 1 Januari 2024 atau sehingga pendaftaran keluar sepenuhnya, yang lebih awal.

Untuk maklumat lanjut layari Klook, atau muat turun aplikasi Klook sekarang!

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2023 @ 3:05 PM