Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kenderaan membawa Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Negara, pagi ini.

Kenderaan berwarna putih itu tiba jam 10.40 pagi ini.

Turut hadir ke Istana Negara Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Terdahulu Mohamad Hasan tiba dahulu disusuli Zambry dan Zahid Hamidi.

ZAHID Hamidi tiba untuk bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di pintu 2 Istana Negara. FOTO Aizuddin Saad
ZAHID Hamidi tiba untuk bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di pintu 2 Istana Negara. FOTO Aizuddin Saad

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk mengadap baginda di Istana Negara, hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, sesi mengadap secara individu itu dijadualkan berlangsung pada 10.30 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2022 @ 11:06 AM