BUAYA yang ditemui di dalam longkang di taman permainan kanak-kanak. FOTO ihsan Bomba
BUAYA yang ditemui di dalam longkang di taman permainan kanak-kanak. FOTO ihsan Bomba
Mohd Roji Kawi


Kuching: Penduduk gempar apabila seekor buaya ditemui di dalam longkang di kawasan taman permainan Taman Serambi, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kehadiran buaya sepanjang kira-kira tiga meter itu disedari penduduk sebelum memaklumkan kepada bomba.

Menurutnya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dihantar ke lokasi sejurus menerima panggilan pada 10.16 pagi.

"Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan terdapat seekor buaya berada di dalam longkang di taman permainan berkenaan.

"Anggota bomba berjaya mengikat mulut buaya itu bagi mengelak risiko tindakan agresif reptilia terbabit," katanya dalam kenyataan, di sini.

Beliau berkata, buaya jantam itu diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, ia dipercayai datang dari sungai berdekatan dan tersesat sehingga ke taman permainan di kawasan perumahan itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Oktober 2022 @ 1:33 PM