PEKERJA kedai barangan elektrik menyaksikan siaran langsung perutusan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO Hazreen Mohamad
PEKERJA kedai barangan elektrik menyaksikan siaran langsung perutusan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO Hazreen Mohamad
Hayati Ibrahim

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Parlimen Penggal Ke-14 melakarkan warna suram kepada landskap politik negara.

Katanya, belum pernah terpateri dalam sejarah, berlakunya pertukaran tiga Perdana Menteri dan kerajaan memerintah bersilih ganti dalam penggal yang sama.

Beliau berkata, keadaan ini memberi dampak memburuk terhadap sosio politik-ekonomi.

"Begitupun, percakaran tanpa henti antara pemain politik dapat dikekang daripada berterusan dengan membawa mereka ke meja rundingan, bagi meredakan keadaan.

"Kami mencari kebersamaan, bukan perbezaan. Kami mencari kesepakatan, bukan perpecahan.

"Natijah semangat Keluarga Malaysia berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran diterjemahkan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, antara kerajaan dan pembangkang.

"Ternyata, limpahan hikmah dan rahmat-Nya memanfaatkan seluruh Keluarga Malaysia," katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, berkat kesepakatan itu juga, kerajaan berjaya melaksanakan beberapa transformasi yang signifikan.

Antaranya, pindaan Perlembagaan Berkenaan Larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar Parti; Pindaan Perlembagaan Berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Akta Anti Gangguan Seksual.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2022 @ 4:51 PM