SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah. FOTO arkib NSTP
SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah. FOTO arkib NSTP
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menitahkan bendera negeri Perak dikibarkan separuh tiang selama tiga hari mulai esok sebagai menghormati hari pemakaman Ratu Elizabeth II.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, baginda bertitah ia sebagai tanda menghargai hubungan Ratu Elizabeth II dengan istana dan negeri ini.

"Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas semangat menghargai hubungan Ratu Elizabeth II dengan Istana dan Negeri Perak.

"Di samping menzahirkan rasa dukacita atas kemangkatan Ratu Elizabeth II, baginda menitahkan bendera negeri ini dikibarkan separuh tiang selama tiga hari," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, menjunjung titah tersebut, bendera Negeri Perak hendaklah dikibarkan separuh tiang bermula esok sehingga selesai istiadat pemakaman Ratu Elizabeth pada hari Isnin depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 September 2022 @ 4:03 PM