GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Essa Abu Yamin


Tangkak: Polis mengesahkan pihaknya menerima makluman mengenai hantaran di laman media sosial berhubung laporan polis berkaitan kejadian percakapan dan perbualan berunsur lucah terhadap penuntut perempuan sebuah pusat pengajian tinggi awam (IPTA) hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak mengesan hantaran tular di Twitter yang memuat naik tangkap layar memaparkan laporan polis bertarikh 2 Julai 2021.

"Polis mengesahkan mengenai aduan yang dibuat mangsa dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semua pihak yang terbabit sudah dipanggil untuk memberikan keterangan.

"Kertas siasatan dilengkapkan serta dirujuk ke bahagian siasatan dan perundangan Bukit Aman untuk arahan selanjutnya.

"Pihak polis berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Ogos 2022 @ 5:57 PM