Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Noor Hidayah Tanzizi


Sitiawan: Pelajar Tingkatan Tiga yang dalam perjalanan ke sekolah meninggal dunia selepas motosikal ditunggangi terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Kampung Sitiawan (Ipoh - Lumut), di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kejadian berlaku pada 7.20 pagi ketika mangsa berusia 15 tahun menunggang dari arah Kampung Deralik menghala ke Sitiawan.

"Motosikal pelajar lelaki itu melanggar tiang lampu di lokasi kejadian yang menyebabkan dia parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi.

"Mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk dibedah siasat sebelum diserah kepada keluarga," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2022 @ 8:15 PM