LELAKI yang berang ditegur pekerja sebuah kedai makan kerana tidak memakai pelitup muka di Kampung Koh, Sitiawan. FOTO IHSAN POLIS
LELAKI yang berang ditegur pekerja sebuah kedai makan kerana tidak memakai pelitup muka di Kampung Koh, Sitiawan. FOTO IHSAN POLIS
Noor Hidayah Tanzizi


Sitiawan: Polis menahan seorang penganggur yang berkasar dengan pekerja medan selera di Kampung Koh di sini, semalam.

Lelaki berusia 38 tahun itu direman dua hari berakhir esok untuk siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya menahan suspek pada 11.30 malam susulan laporan dibuat mangsa yang berusia 16 dan 17 tahun.

Katanya, sebelum itu dalam kejadian 2.44 petang, suspek dikatakan membaling puntung rokok dan menentang kerusi diduduki mangsa yang menjaga pintu masuk selepas berang ditegur tidak memakai pelitup muka.

"Dia juga mengasari pekerja lain yang cuba menenangkannya. Kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan serius," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sitiawan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mac 2021 @ 7:30 PM