Zahratulhayat Mat Arif

Ipoh: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dihukum penjara 13 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed selepas Yong, yang juga Bendahari Agung Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan bekas exco negeri didapati bersalah atas tuduhan merogol pembantu rumahnya pada 2019.

Abdul Wahab mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Yong didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun itu di bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park antara 8.15 hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

YONG tiba di Mahkamah Tinggi Ipoh. FOTO L Manimaran
YONG tiba di Mahkamah Tinggi Ipoh. FOTO L Manimaran

Berita berkaitan: Paul Yong didapati bersalah rogol pembantu rumah


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2022 @ 11:58 AM