Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Adik lelaki disyaki membunuh abang dan kakak iparnya di Taman Bercham Aman di sini, minggu lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh esok.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan mengesahkan perkara berkenaan ketika ditemui pada program korban perdana anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Kampung Rapat, di sini, hari ini.

Katanya, suspek, 61, akan didakwa atas dua tuduhan membunuh.

LOKASI mayat mangsa ditemukan, 7 Julai lalu. FOTO arkib NSTP
LOKASI mayat mangsa ditemukan, 7 Julai lalu. FOTO arkib NSTP

Khamis lalu, mangsa, Ng Chun Hon, 64 dan isterinya Ooi Tin Lu, 59, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di kediaman mereka.

Polis menahan adik mangsa lelaki di Genting Highlands pada hari sama dan suspek direman sehingga esok.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Julai 2022 @ 3:33 PM
YAHAYA (depan, kanan) bersama pegawai dan anggota polis  bergotong-royong melapah daging korban untuk diagihkan kepada orang ramai. FOTO L Manimaran
YAHAYA (depan, kanan) bersama pegawai dan anggota polis bergotong-royong melapah daging korban untuk diagihkan kepada orang ramai. FOTO L Manimaran