Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Lelaki yang maut dipercayai dipukul isteri di Flat Nipah, Taman Daya di sini, Jumaat lalu tidak memiliki rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata pihak polis masih meneruskan siasatan kes berkenaan.

"Anak mangsa kini masih di bawah jagaan keluarga mangsa yang ingin memberi perlindungan kepada mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata, pihaknya akan meninjau keadaan kanak-kanak berkenaan serta menawarkan kaunseling.

Beliau berkata, kunjungan dijangka dilakukan petang ini susulan keluarga mangsa agak sibuk dengan pelbagai urusan sejak kejadian itu.

"Anak mangsa masih berada di Johor Bahru bersama keluarga.

"Kami tidak pasti keadaan anaknya ketika ini, dan langkah seterusnya akan diambil selepas kunjungan hari ini," katanya.

Kelmarin, seorang lelaki berusia 44 tahun ditemukan maut dipercayai dipukul pasangan hidup di kediaman keluarga mereka.

Motif pembunuhan masih dalam siasatan namun suspek dipercayai bawah pengaruh dadah ketika kejadian.

Susulan itu, isteri mangsa dan seorang lelaki iaitu rakan isteri mangsa direman selama tujuh hari sehingga 22 Julai.

Berita berkaitan:

  • Suri rumah direman 7 hari [METROTV]
  • Wanita disyaki bunuh suami didapati positif dadah
  • Kesan ikatan, pukul, tikaman di tubuh suami /a>
  • Suami dipukul sampai mati
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Julai 2022 @ 5:27 PM