Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Kuala Kangsar: Tempoh reman empat daripada lima suspek kes bunuh wanita yang mati dibakar di kawasan tepi sungai di Kampung Talang Hulu, dekat Simpang Lawin, Kuala Kangsar, dua minggu lalu disambung dua hari lagi bermula esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asiaten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, reman empat suspek berusia 20 hingga 22 tahun itudi benarkan sehingga Rabu ini.

Empat suspek itu sebelum ini direman selama tujuh hari bermula Selasa minggu lalu dan berakhir hari ini, selepas disyaki bersubahat dalam insiden pembunuhan wanita berusia 21 tahun itu.

Penahanan mereka adalah selepas penahanan suspek pertama yang juga teman lelaki mangsa berusia 20 tahun yang direman bermula sejak 4 Jun lalu, sekali gus menjadikan lima suspek ditahan bagi kes itu.

Terdahulu, mahkamah turut membenarkan permohonan polis untuk menyambung tempoh tahanan reman teman lelaki mangsa yang bermula Sabtu lalu dan berakhir Khamis, 16 Jun ini.

Mayat wanita dengan kesan terbakar itu mula ditemukan kira-kira jam 3.05 petang 31 Mei lalu dipercayai dibunuh dan dibakar di lokasi yang sama ia ditemukan, dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam perkembangan lain, Omar Bakhtiar berkata pihaknya masih giat mengesan suspek kejadian seorang lelaki yang dikatakan mengamuk ketika memberhentikan kenderaan di lorong kanan di Kilometer 253 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini, malam tadi.

Visual mengenai kejadian kira-kira jam 7.12.malam itu tular di media sosial memaparkan seorang lelaki berdiri di lorong kanan lebuh raya itu sambil memegang rantai emas dan memanjat bahagian atas kereta selepas memberhentikan kereta.

"Pihak polis sedang giat mengesan saspek tebabit. Kes itu diklasifikasi di bawah Seksyen 283 atau Seksyen 427 Kanun Keseksaam serta di bawah Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Berita berkaitan:

  • Hentakan di kepala punca kematian wanita dibakar
  • Bunuh, bakar wanita: Empat lagi ditahan
  • Bunuh dan bakar: Teman lelaki ditahan
  • Wanita mati dibunuh, dibakar tidak mengandung, dirogol [METROTV]
  • Mayat wanita dibakar, kekasih mangsa dipanggil polis [METROTV]
  • Identiti wanita dibunuh, dibakar sudah dikenal pasti
  • Pemeriksaan gigi, cap jari bantu kenal pasti identiti wanita mati dibakar
  • Dibunuh, dibakar, ditemukan di tepi sungai/a>
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Jun 2022 @ 4:30 PM