Laporan Harian Metro sebelum ini.
Laporan Harian Metro sebelum ini.
Safeek Affendy Razali


Kuala Lumpur: Remaja perempuan berusia 17 tahun yang hilang dari rumahnya di Kondominium Sri Suajaya, Kampung Bandar Dalam, Sentul sejak Isnin lalu, sudah ditemui di Bangi, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata remaja terbabit ditemui dalam keadaan selamat namun beliau tidak mendedahkan secara terperinci lokasi penemuan itu.

"Difahamkan remaja terbabit hilang kerana mahu mencari kerja dan hidup berdikari namun kami tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada sedikit salah faham antara ahli keluarga," katanya, hari ini.

Beh bagaimanapun enggan mengulas lanjut sambil memberitahu satu kenyataan media akan dikeluarkan berhubung kes itu dalam masa terdekat.

Semalam, Harian Metro melaporkan kehilangan Nur Hidayati Duwaijah Mazlans, 18, selepas keluar dari rumahnya untuk ke kedai pada Isnin lalu sekitar jam 7.20 malam.

Bimbang akan keselamatannya keluarga remaja terbabit kemudian membuat laporan berhubung kehilangannya kira-kira jam 6.43 petang sehari selepas hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2022 @ 5:24 PM