Para peserta berpeluang mendapatkan akses awal kepada pakej Kempen Mega Akhir Tahun Shopee dan tawaran khas untuk para peserta sahaja. - FOTO Shopee
Para peserta berpeluang mendapatkan akses awal kepada pakej Kempen Mega Akhir Tahun Shopee dan tawaran khas untuk para peserta sahaja. - FOTO Shopee
Nur Amirah Abd Rani

SHOPEE Malaysia kini kembali mengadakan Seller Summit tahunannya di Sunway Resort, Petaling Jaya buat usahawan bagi membantu mengekalkan perniagaan secara dalam talian.

Berkonsepkan hibrid dan membawa tema Level Up: Driving Growth Together, acara ini bakal menampilkan siri ceramah dan perbincangan daripada pakar industri terkenal pada 16 Jun nanti. 

Selain perkongsian, Shopee turut menyediakan inisiatif sokongan buat usahawan dalam membantu mereka meraih pencapaian baharu dalam perniagaan yang diceburi. 

Petua daripada pakar industri

Antara yang boleh dimanfaat oleh para peserta adalah perkongsian untuk meningkatkan jumlah jualan melalui platform Shopee serta memanfaatkan ekosistemnya. 

Peserta juga akan didedahkan dengan teknik memahami tingkah laku pengguna termasuk ciri-ciri penggunaan aplikasi Shopee Live dan Shopee Feed ketika membuat promosi dan jualan. 

Selain itu, peserta turut diberi tunjuk ajar cara mengendalikan pelanggan serta mewujudkan pengalaman beli-belah yang memuaskan. 

Dengan peralihan ekonomi kepada norma baharu, amat penting untuk peniaga menggunakan strategi platform e-dagang yang sesuai dengan tingkah laku pengguna baharu. 

Melalui bimbingan daripada pakar Shopee yang berpengalaman, peserta dapat membuat persediaan sepenuhnya untuk mengembangkan perniagaan mereka dalam jangka masa panjang.

Dalami ilmu dalam talian

Antara maklum balas yang diterima oleh peserta terdahulu yang menyertai Shopee Seller Summit sejak tahun 2020 adalah Leon Wong dan Sehrish Kamran. 

Kata Leon, acara ini bermanfaat dan beliau mengesyorkan peniaga lain untuk turut sama menyertai acara ini pada masa akan datang. 

Tambah Sehrish, beliau menekankan pengalaman utama yang diperolehi daripada acara tahun lalu adalah perkongsian pengalaman daripada peniaga lain yang merupakan ShopeeXperts. 

"Perkongsian mereka dalam mengembangkan perniagaan bermula secara individu sehingga berjaya berkembang menjadi perniagaan besar memberi inspirasi dan motivasi untuk menimba lebih banyak ilmu," kata Sehrish. 

Manfaat eksklusif untuk peserta

Menariknya, acara ini terbuka kepada semua pemilik perniagaan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), penjual sambilan dan peniaga industri lain.

Peserta berpeluang mendapatkan tawaran khas akses awal kepada pakej Kempen Mega Akhir Tahun dan akan menerima sijil kehadiran digital. 

Orang ramai boleh mendapatkan tiket bagi sesi dalam talian pada harga RM25 sebelum 3 Jun 2022. 

Bagi peniaga Shopee sedia ada anda layak untuk menuntut RM50 kredit pengiklanan bagi setiap pembelian tiket lebih dari satu tiket berharga RM100 (tertakluk pada terma dan syarat). 

Rebut peluang bersama Shopee!

Menerusi Shopee Seller Summit 2022, pelbagai peluang boleh dimanfaatkan oleh peserta dalam mencipta nilai untuk komuniti e-dagang. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Shopee Seller Summit 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Jun 2022 @ 1:46 PM